Saturday 30 June 2012

Cerpen: Dalam Diam Dia di Hati [3]

"Hmm.. Waalaikumussalam warahmatullah",
Punat merah dipicit. Wajah Auf kelihatan agak sugul seakan-akan budak kecil yang baru kehilangan set krayon faber kastel lima ringgit kesayangan. Bukan mudah untuk dia sedih begini. Hanya bila dia terasa kehilangan sesuatu yang dia cukup sayang, baru pipinya boleh merasa hujan air mata. Tapi berita kali ini tidaklah membuatkan dia menangis. 



"Kenapa pulak dengan kawan aku sorang ni, sedih semacam aku tengok. Macam kehilangan sesuatu je?", Rijal yang sedari tadi sibuk melukis memulakan perbualan. Auf tidak menjawab, dia hanya menadah telinga. Mungkin sedang memikirkan sesuatu.


"Semua yang berlaku ada hikmahnya. Kan Allah sebut dalam al-Quran. Inna ma'al 'usri yusraa, sesungguhnya dalam setiap kesusahan itu ada kesenangan. Tak gitu?", Rijal cuba menggembirakan sahabat rapatnya itu.


"Ye memang. Aku cuma sedih sebab dia dah tak ada", jawab Auf sedang dia duduk menongkat dagu di atas katil.


"Hah? Aisya dah tak ada? Kau ni biar betik. Jangan main-main", terkejut benar Rijal dengan kata-kata Auf.


Tergelak Auf melihat reaksi dari Rijal. Hati yang tadi sayu mula terasa geli.
"Hiish kau ni, aku cakap pasal Nini, kucing kat rumah aku la. Dari dia kecik lagi aku manjakan dia. Sekarang dia dah tak ada. Tak ada siapa dah nak teman aku tidur dalam bilik sorang-sorang nanti"


"Fasal Aisya tu, dia dah setuju", sambung Auf tanpa sedar bibirnya mula mengukir senyuman. Hati yang tadi gersang mula bertaman. Sedih mula berganti ceria.


---
Di saat pungguk sedang merindukan purnama bertemankan gelap pekat malam beserta nyanyian merdu sang cengkerik menggosok-gosok kakinya, krik krik krik, kelihatan sesusuk tubuh sedang duduk berlipat kaki beralaskan sejadah sambil tangannya menadah memohon kepada Yang Maha Memudah.


".. permudahkanlah segala urusanku serta segala urusan sahabat-sahabatku ya Allah. Dan sekiranya dia bukanlah untukku di dalam ketetapanMu, berilah aku yang lebih baik di sisiMu kemudian redhakanlah aku dengannya. Rabbana..", Sayf menghabiskan sisa doanya kemudian meraup muka yang masih lembap akan wudhuk dengan kedua belah tangan.


Sayf bukanlah hambaNya yang selalu bangkit untuk tahajjud tetapi sekiranya peluang untuknya ada, pasti diambil sebaiknya. Kebiasaan sehabis solat, Sayf akan mengulangkaji sedikit sementara menunggu masuknya fardhu Subuh. Kata orang, waktu begini adalah waktu yang ideal untuk belajar kerana otak lebih mudah menyerap dan menyedut segala bagai ilmu. Atau dengan kata mudahnya, macam span.


Jam yang menunjukkan pukul 5.25 minit pagi kelihatan menyiput sekali, siput khinzir pun lebih laju gamaknya. Tanpa sedar kepalanya sedikit demi sedikit menunduk ke meja. Akhirnya Sayf terlelap berbantalkan lengan, keletihan agaknya.


Baru sahaja mimpi datang menjengah, getaran vibrasi telefon bimbit mengganggu kilang air liur basi dari terus beroperasi lancar. Ditambah pula dengan lagu dendangan P.Ramlee bertajuk Di Mana Kan Ku Cari Ganti, Sayf bingkas celik semula. Telefon Samseng Galaksi segera dicapai lalu diletakkan ke telinga. 


Beep.
"Assalamualaikum Sayeeef, solat subuh dah?", cukup dikenali suara itu. Suara lembut yang sering membelai hatinya tanpa mengira waktu. Sudah beberapa hari sejak akhir sekali dia mendengar suara itu.  


"Ha waalaikumussalam mak. Belum lagi, mak call baru Sayf bangun ni", balas Sayf sambil menggosok-gosok matanya, uapan dibalas tangan.


"Lepas habis cakap ni solat subuh kemudian baca Qur'an sikit ye Sayf", Puan Fatimah mengingatkan lalu mulutnya dihentikan seketika.
 "Sebenarnya, mak ada sesuatu nak bagitau kamu", nada riang tadi kedengaran serius sekali.


"Apa dia mak?"
"Ermm.. macam ni, makcik Kalsom kampung sebelah nun tu ha. Anak dia nak ke Timur Tengah, dia tengah dok mencari orang yang boleh nengok-nengokkan anak dia. Jadi...",
"Jadi apa mak?"

"Jadi mak ingat nak bagi kamu dengan si Hana", berbunga sekali hati Puan Fatimah saat menabur kata. Dengan tidak disangka-sangka, tanpa ada duga, berita dari ibunda tadi bagaikan bulan jatuh ke riba. Begitu pantas sekali doanya dijawab. 
"Aih Timah, kamu pulak yang gembira terlebih", kedengaran suara ayahnya perlahan dari corong telefon.


Hana adalah gadis kampung lepasan sekolah agama berasrama penuh. Sikapnya yang santun amat menyenangkan ditambah lagi dengan akhlak Islam yang dibawa. Boleh dikatakan ramai kenalan ibunya, Puan Kalsom, berkenan untuk menjadikannya menantu.

Namun Sayf belum pernah besua dengan Hana, dia hanya kenal dengan nama dan perwatakan yang dedingar melalui perbualan. Itu pun sewaktu dia masih mentah bab perasaan.
"Jadi bila kamu nak balik sini?", sambung Puan Fatimah.


Sayf melihat tarikh di jam tangan. Lagi 1 minggu sebelum bermulanya peperiksaan akhir semester.
"Dalam tiga atau empat minggu lagi insyaAllah mak", jawab Sayf.


Perbualan terhenti setelah habis hajat ibunda kesayangan habis dilontar.
Telefon bimbit ditatap sebentar, skrin menunjukkan pukul 6.17 minit. "Eh, rasa macam tak sampai 5 minit pun tidur tadi", Sayf menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal lalu berganjak ke tandas. Wudhuk ditertibkan semula untuk fardhu Subuh.


---
Bahagian 2 << Bersambung >> Bahagian 4

4 comments:

Amirahsza said...

good entry good cerpen abu.. tak sabar nak tunggu sambungan..

Anonymous said...

salam bro,

cerpen anda memang menarik, dan aku pun ternanti2kan sambungannya. Mungkin dari segi tatabahasa ada sedikit kesalahan, tapi masih boleh diperbaiki. dari segi jalan cerita pula, memang cerpen/novel Islamik tipikal. Agama, cinta dan pastinya timur tengah, haha.

1. sekarang di pasaran Malaysia dah berlambak cerpen/novel cintan-cintun sampai orang ramai pun muak.

2. lepas tu bila lahirnya golongan novelis Islamis macam Habiburrahman Shirazi, Fatimah Syarha dan Zaid Akhtar, golongan yang Islamik secara beramai-ramai menulis lebih banyak novel Islamik yang semuanya bertemakan cinta berpandukan agama.

3. aku tak cakap benda ni salah. memang tak salah langsung. tapi, dah cukuplah dengan novel cinta Islami. kami para pembaca dah muak dah.

4. satu2nya novel yang membuatkan aku respek ialah novel yang tema utamanya sama sekali tiada kaitan dengan cinta. contohnya mengenai politik, ekonomi, sosiologi masyarakat, kekeluargaan, kesusahan hidup dan realiti yang menggambarkan keadaan sebenar masyarakat.

5. nak masukkan unsur2 romantis tu memang digalakkan jika bersesuaian dengan jalan cerita tapi jangan diangkat menjadi persoalan utama.

6. antara penulis novel Islami yang sememangnya peka dengan hal ni ialah Faisal Tehrani dan Hilal Asyraf.

7. novel tulisan mereka memang terdapat kisah cinta tetapi bukan itu fokus yang ingin disampaikan. cinta hanya diselit2 sebagai penambah seri dan bukan hidangan utama.

8. jadi kesimpulannya, gunalah bakat penulisan anda dengan lebih bermakna lagi dengan memperbanyakkan genre tulisan. jangan ikut mainstream golongan Islamis masa kini yang tak habis2 dengan novel cinta.

9. apapun, teruskanlah menulis novel ini dan matangkan lagi pemikiran, jiwa dan mentaliti anda dengan menulis novel seterusnya

Selamat Menulis.

Abu Bakr Abdullah said...

Jazakumullahukhair atas kesudian membaca dan mengkritik. Asif, maaf, sorry, tui bu qi dan sebagainya sekiranya ada rasa nak termuntah, mual, muak atau loya dengan jalan cerita mahupun mesej/genre yang ingin saya sampaikan.

Setuju sekali dengan saudara, dah banyak sangat cerita cinta kat Malaysia ni. Bahkan ramai yang menggunakan perkataan-perkataan(tajuk) yang bersifat Islamik, tapi cara pendekatan sama sekali tidak menepati syara'.

Buat masa ini - untuk cerpen ini spesifiknya - saya lebih menumpukan cara sebenar dalam berkasih sayang dengan berpandukan 'guidance' dari bakal mak mertua saya yang merupakan veteran di dalam bahagian baitulmuslim (berteraskan Islam semestinya!). Seperti yang saya katakan tadi, ramai yang menggunakan nama 'Islam' sebagai penghalal yang busuk dan licik sama sekali, jadi kehadiran cerpen ini sekadar pembuka mata yang telah dibutakan sebuta-butanya tanpa mengira siapa, berperasaan mahupun tidak.

Itulah sebabnya saya lebih fokus kepada genre cinta. InsyaAllah jika berkesempatan saya akan sambung cerpen2 yang sekadar menggunakan cinta sebagai ajinomoto. Sekian.

Jiddah said...

...MasyaAllah, La quwwata illa billah(Sungguh, atas kehendak ALlah swt, semua ini terwujud)..(Surah Al-Kahfi 39).

Alhamdulillah, mabrook! mumtaz!Pelayar sesawang telah dipilih oleh ALlah swt untuk menerima taufiqNya dengan membaca/memberi komentar cerpen pilihanNya ini- itulah sebaik2 perkataan (Surah Fussilat : 33)- samada sebagai penulis cerpen, pakar pemberi komenan,moderator blogspot dan sebagainya.

Semoga taufiq ALlah swt pula mengalir dan meresap di setiap aliran darah beroksigen yang sihat, suci lagi bersih dari tusukan panah beracun syaitan yang sentiasa menanti mangsanya untuk disuntik mata panah halus melalui liang roma ciptaan Ilahi Yang Maha Agung, walaupun hanya sekilas pandangan pertama yang tergoda dek kesantunan 'abid mu'minahNya yang meronta2kan degupan jantung menderaskan aliran darah ke otak yang menghasilkan minda merancang pandangan kedua yang tentunya sudah tercemar dengan racun kesyaitan, na'uzubillahiminzalik.Allahurabbi..

Hidayah dan Taufiq 1....Pengumuman Cinta ALlah swt kepada Hamba2anya...
Semoga seluruh pembaca dipilih oleh ALlah swt untuk menggapai cintaNya(Surah AL-Maidah : 54).

Sabda Rasulullah saw : 'Sesungguhnya jika ALlah swt mencintai hambaNya, Dia akan memanggil Jibril seraya berkata, "Wahai Jibril, Aku mencintai si fulan,maka cintailah dia". Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril menyeru penduduk langit, sesungguhnya ALlah swt mencintai si fulan, maka cintailah dia. Maka penduduk langitpun mencintainya, sehingga ia pun dijadikanNya diterima(dicintai) oleh penduduk dunia'. HR Bukhari dan Muslim.

Hidayah dan Taufiq 2...Martabat Cinta Agung...Menggapai cinta ALlah swt hingga Allah swt, menjadi mata yang kita melihat denganNya, mendengar, menulis dan melangkah.. -'Indahnya hidup bersyariat'

Allah swt telah berfirman dalam sebuah hadith qudsy :
'..Dan hambaKu sentiasa mendekatkan kepadaKu dengan amalan2 sunnah(nawafil), sampai AKu mencintainya. Kalau AKu sudah mencintainya, AKu adalah pendengaran yang ia gunakan untuk mendengar, penglihatan yang ia gunakan untuk melihat, tangan yang ia gunakan untuk memukul, dan kaki yang ia gunakan untuk berjalan. Kalau ia meminta kepadaKu, pasti Aku kabulkan, Kalau ia meminta perlindungan kepadaKu, pasti akan Kulindungi.'

...Itulah yang telah dilimpahkan oleh ALlah swt ke hati Sayf...Semoga Sayf adalah 'abid dan khalifah pilihan ALlah swt untuk diberikan cintaNya kerana dia sentiasa menyiapkan dirinya untuk menjadi insan yang terpilih lagi mulia di sisi ALlah swt, dengan menjaga amalan fardhunya serta melalui amalan sunat munajat cintanya kepada ALlah swt- tahajjud di 1/3 akhir malam. Subhanallah. Doa Sayf dijawab oleh ALlah swt hanya dengan selingan dengusan nafas 'abid yang diambil rohnya sebentar kemudian dikembalikan rohnya dengan kejutkan dari aura cinta kasih 1/1/99 rahmat ALlah swt yang dturunkan Nya yang berjalan di dunia iaitu 'kasih ibu tercinta'. MasyaALlah itu adalah anugerah ALlah swt kepada 'abid mukhlisinNya

..Skrip hasil karya penulis cerpen ni juga boleh dilayari di Youtube dalam da'wah santai bertajuk 'The Empire Strike Back'..Semoga cucu2 jiddah dapat melihat mesejnya dengan penglihatan ALlah swt di mata hati masing2, InsyaAllah

Cucu2 jiddah, teruskan 'langkah bermulamu' untuk menggarap cinta ALlah swt dengan

...Zikrullah, istiqamah hingga kita semua tersungkur sujud, gugur di hadapan ALlah swt dengan mengalir darah syuhada' sebagai bukti keikhlasan atau Islam menang sebagai ustaziatul'alam(guru dunia@ 'The New World Order'). InsyaAllah.