Cip
cip tuk pak tap tup ba dum tss, bunyi butang-butang laptop ditekan gelojoh,
Sayf tampak bersungguh. Assignment lapuk anjakan 2 minggu yang lalu masih
lagi dalam ruang fokus. Dua rakan sekumpulannya, Ihsan dan Halim berada di
sebelah. Halim duduk memeluk lutut di atas kerusi, membantu dengan menyembur kata
dan idea. Ihsan mencuri tulang seperti biasa, baring mencari bintang di siling
bilik. Sekali sekala dia mengalun suara sambil memetik tali gitar.

“Masukkan
sekali intera…i dalam point ke-dua”, suara Halim tenggelam timbul, berperang
dengan bunyi air hujan.
Sayf
terhenti seketika. Tangan yang tadi kemas menggenggam mouse kini sedikit lerai.
Matanya menangkap kelibat Aisya yang pantas meninggalkan kafeteria usai membeli
makanan. Jendela bilik Sayf yang menghadap cafeteria cukup dekat untuk
membolehkan dia melihat gelagat manusia pelbagai.
Aisya
seorang gadis tahun 3 jurusan perguruan di universiti itu. Wajahnya cantik bersih,
tiada setepuk bedak pun yang mengalas. Yang ada hanya seri wudhu', tentunya
dijaga 24/7. Tudungnya labuh menyembunyikan susuk. Cara berjalan pula tiada
menunjuk. Peribadinya tinggi, wajahnya selalu menunduk.
Jika
dibandingkan dengan mahasiswi-mahasiswi kebanyakan yang lain, mungkin ini bukan
tempat yang sesuai. Sukar nak dicari di tempat yang rata-rata pelajarnya kurang
aspek agama.
“Hoi!
Sayf ko dengar tak?”, terjah Halim mengejutkan Sayf dari lamunan celiknya.
“Astaghfirullah…”,
sambut Sayf perlahan membisik pada diri sendiri, tersedar dari nodaan syaitan.
“Aisya
lagi la tu. Konfeeem.”, kata Halim sambil memanjangkan leher ke kanan kiri, cuba
mencari kelibat Aisya yang sudah hilang dari pandangan.
"Eh
kau ni, aku pekak sekejap je terus kata macam-macam kan. Aku cuma teringat kuey
teow kung fu yang kita makan tadi, sedap!", balas Sayf cuba menyembunyikan
dengan senyuman. Dia memang tak pandai
nak menipu.
“Tak
payah nak sorok la weh, aku tauuu”, disambung gelak Ihsan terkikih-kikih macam
kereta semput.
“Kalau
kau nak, cepat-cepat lah masuk. Nanti karang orang lain potong kecewa tak sudah
pulak. Kita pun dah nak habis sem ni. Graduate nanti boleh terus walimah.”,
cadang Halim.
“Oh
oh, lama aku tak makan nasi minyak. Peluang, peluang. Hoho”, balas Ihsan sambil
tersengih.
Sayf mengangguk. “Betul jugak tu”.
Sayf mengangguk. “Betul jugak tu”.
Sudah
fitrah manusia sukakan kebaikan. Gadis sopan seperti Aisya selalu dipandang
dengan pandangan yang redup. Bukan dengan pandangan nafsu, mata membulat mulut
melopong. Berbeza sekali dengan gadis-gadis yang selalu digunakan sebagai alas cinta semata. Bila sudah
bosan, dibuang ketepi tak diendahkan. Kadang-kadang rasa kasihan pun ada bila
melihat mereka yang masih diatas landasan jahil. Seperti patung, dipergunakan
sesuka hati.
"Tapi
kan, aku dengar si Auf tu dah masuk meminang Aisya. Aku dengar lah, tak tau
betul ke tak.", kata Ihsan pantas mengacau air yang baru tenang. Sayf
tersentap. Auf memang terkenal dengan sifat baiknya. Mahu pula dia selalu
menjadi imam di surau kolej kediaman mereka.
"Apalah
sangat aku ni nak dibandingkan dengan Auf tu", bisik hati. Terasa kecut
hati, tapi mahu.
"Siapa
tak mahu orang baik macam dia, bijak pun bijak, harta pun ada", tambah
Sayf dalam hati.
---
2 comments:
kreatif habis
alhamdulillah
teruskan menulis :)
sebar bahagia :)
jazakallah kerana sudi membaca :)
Post a Comment