Saturday 23 June 2012

Cerpen: Dalam Diam Dia di Hati [2]

Jam menunjukkan pukul 8.42 pagi. Matahari sudah mula terang, sinarnya sayup menembusi dada bilik. Sesekali kedengaran cicipan sang pipit mencari rezeki. Di waktu masih ramai yang masih lena dibuai mimpi sabtu pagi, Sayf seperti biasa memulakan kerja mingguan mengurus bilik dan membasuh baju.


Swoosh, swooosh, swoosh. Bersungguh sekali Sayf memberus baju kotor. Sesekali dia mengesat peluh di dahi. Walaupun kemudahan mesin basuh baju ada disediakan pihak kolej, namun Sayf lebih selesa menggunakan tenaga tangannya sendiri. Bak kata orang, air tangan sendiri kan lebih sedap. Eh? 
Sekurang-kurangnya bolehlah disimpan sedikit duit basuh baju untuk dibuat belanja makan.


Fikiran Sayf masih memainkan kata-kata naqib usrahnya malam semalam, "Yang baik kita kena kejar, bukan dengan kita lepas tangan. Kalau kita duduk diam je, takkan nak harap yang baik tu datang kat kita kot. Pepatah kata yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang", diikuti senyuman lebar sang naqib.

Dalam pada itu dia teringat hadith nabi yang bermaksud, “Janganlah seseorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunangnya atau jika tunang sebelumnya itu mengizinkan”. 

Baru dua hari lepas sejak berita Auf meminang Aisya menembusi corong telinganya. Berita yang membuatkan Sayf terdiam seribu bahasa, tiada mampu berkata macam beruk terkesima. Cuma makannya masih kenyang, mandinya masih basah, tidurnya masih lena. Ah mungkin tiada kaitan.

“Allah nak uji aku ni”, Sayf cuba menenangkan diri. Dia tahu apa yang perlu dilakukan, bukan dengan menggelupur, melembik.

Tok tok tok tok, pintu bilik diketuk. Belum sempat Sayf membuka mulut, pintu sudah dibuka luas.

"Assalamualaikum, Sayf!", Rijal melangkah lalu melabuhkan punggung di atas katil tanpa dijemput. 
Sudah biasa begitu. Dia dan Sayf sudah seperti adik-beradik. Manakan tidak, Rijal, dan Sayf sudah berbelas tahun bersama, sejak di bangku darjah satu lagi. Auf juga pernah berkongsi sekolah yang sama, tapi hanya sewaktu mereka di peringkat sekolah menengah.


Mereka bertiga mengambil aliran sains. Kini Rijal menyambung jurusan perubatan, Sayf jurusan bioteknologi manakala Auf pula jurusan kejuruteraan elektronik. Masing-masing punya minat, mimpi tersendiri.


"Waalaikumussalam, ha awat? Seronok semacam je aku tengok."


Sayf melangkah keluar dari ruang wudhuk yang juga tempat dia membasuh baju. Tepat sahaja rakannya itu masuk sehabis memberus.

"Aku ingat lah kan, aku nak ikut jejak Auf lah. Kau tau apa dia buat?", soal Rijal penuh semangat, seperti beruk terjumpa pisang tanduk sebesar kasut saiz 19. Dia menepuk-nepuk lembut perut Miki. Kucing warna kuning tua bercorak hitam serabut itu sering memanjat masuk ke dalam bilik Sayf yang terletak di tingkat satu. Cukup jinak dengan Sayf yang sering memberi khidmat urutan percuma beserta pakej belaian dan makanan.

Sayf mengangkat baldi berisi pakaian yang dibasuh selesai tadi kemudian menuju ke arah balkoni bilik. "Apa?" pura-pura dibuat tak tahu. Mukanya dikawal agar nampak selamba.

"Dia pergi masuk line Aisya, peeeh. Bukan calang-calang orang Aisya tu. Melepas lah orang lain. Sama-sama baik, sama-sama cantik, sesuai sangat lah dorang dua tu."

Satu persatu kain basuhan diletak kemas di atas ampaian kemudian diketipkan penyepit.
"Jadi betullah apa yang Ihsan kata", detik hati.


"Bila dia pergi?" soal Sayf ringkas.
"Ermmm, baru jugak la. Dalam empat lima hari lepas. Tak sangka dia dah maju selangkah. Kita ni je yang masih terperuk dengan buku", disambung ketawa Rijal kembang kempis.


"Jumpa kau kat cafe pukul 10 nanti, aku nak pergi mandi", Rijal mengingatkan lalu keluar dari bilik. Suasana menjadi sepi seketika.

"Hmmm, nampaknya kena lepas je lah. Kita merancang, Allah yang menentukan dan Dialah sebaik-baik perancang kan Miki?", celoteh Sayf sendirian sambil memandang Miki yang berbaring manja.

"Miao"

---

Beeeep, beeep, bunyi telefon menjerit meminta disambut. Aisya yang sibuk berbual dengan rakan sekelasnya Tasnim terus mematikan perbualan. Telefon bimbit dicapai, pada skrinnya tertera perkataan 'umi'.


"Siapa tu kak?", soal Tasnim. Aisya sering dipanggil 'akak' oleh rakan seumurnya memandangkan dia lahir pada awal Januari.

"Umi akak", balas Aisya ringkas.



"Saya balik bilik dulu lah kalau macam tu kak Sya". Aisya sekadar mengangguk setuju. Senyuman tipis diukir bibir.


Butang hijau ditekan, pantas umi bersuara.
"Assalamualaikum anak umi! Dah solat? Dah makan?"


"Waalaikumussalam, alhamdulillah dah umi"
"Aisya dah istikharahkan untuk pinangan Auf tu?", umi berterus terang. 


"Dah umi, Aisya dah istikharahkan", jawapan diberi cukup tenang.
"Jadi apa decision Aisya?", soal umi tidak sabar untuk mendapatkan jawapan.


Aisya menghembuskan nafas perlahan.
"Bismillah".. 


---
Bahagian 1 <<  Bersambung.. >> Bahagian 3

4 comments:

ummuatifah said...

MasyaAllah, La quwwata illa billah(Sungguh,atas kehendak Allah swt semua ini terwujud). Mabrook!Tahniah, penulisan yang baik, teruskan semoga syariah ALlah swt tertegak di hati, rumah dan seluruh alam dengan tarian jari jemari Sayf dalam amar ma'aruf anhi mungkar. InsyaAllah. Umi doakan agar Sayf dipilih oleh Allah swt untuk mencapai martabat ithar kerana memberikan yang disukainya kepada sahabat fillah. Auf digerakkan hati oleh Allah swt untuk meminang Aisya,'abidNya yang solehah addeennya. Semoga Allah swt selamatkan Aisya dari terjebak ke lembah fitnah dengan tidak menolak pinangan Auf, lelaki soleh ad-deen dan akhlaqnya. Mudah2an yang paling beruntung ialah Sayf kerana Allah swt memilihnya untuk mendapat 2 darjat di sisi Allah swt iaitu pengorbanan ithar dan umi doakan Allah swt utuskan isteri, pilihan yang terbaik dari Allah swt, yang lebih solehah dari Aisya sebagai quratul'ain(penyejuk matanya) di dunia, yang akan menjadi peneman abadinya di jannatul firdaus Allah swt dengan redhaNya yang suci dari pandangan panah beracun syaitan laknatullah.Sama2lah kita nantikan. MasyaAllah.

Anonymous said...

ciss

Abu Bakr Abdullah said...

Alhamdulillah, jazakallahukhair kepada semua yg sudi membaca setiap titipan ayat dengan sabar sekali. Huhu, semoga cerpen ini dapat membuka mata, mendetik jiwa untuk berubah kepada cara Islam, cara ad-Deen.

Anonymous said...

Like, teruskannnn.